Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Homestay Cahaya Kristal yang beralamat di Bandar Baharu, Kedah ini adalah bersempadan dengan Parit Buntar, Perak dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Homestay ini mempunyai sebanyak 5 buah rumah yang lengkap dan selesa untuk didiami. Jarak Homestay dengan plaza tol Bandar Baharu adalah hanya 4km.

Homestay ini adalah berdekatan dengan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah (5 minit), USM Transkrian (10 minit), MRSM Transkrian (10 minit), Bukit Merah Laketown Resort (20 minit), Kuala Gula Sanctuary Resort. Jarak Homestay ini ke Taiping adalah 30 minit manakala ke Pulau Pinang adalah selama 45 minit.

Dengan kemudahan sebanyak 5 buah rumah ini, ianya menawarkan anda dan keluarga pilihan penginapan mengikut kesesuaian lokasi dan keperluan penginapan masing-masing.

Peta Lokasi

(sila klik imej di atas untuk dibesarkan dan lebih jelas)

1 comment:

  1. Bismillah,

    saya tumpang promote homestay saya.
    terletak di Banting.
    Berdekatan dengan Pantai Kelanang, Pantai Morib, Morib Gold Coast.

    http://nurfarah911.blogspot.com/2015/02/homestay-mampu-milik-dan-selesa-di-havsrr.html

    ReplyDelete